Tentang Kami
Nasyrah Consultant telah ditubuhkan pada 13 September 2018, namun bergerak secara aktif bermula pada Disember 2020. Kami menawarkan pelbagai program yang melibatkan Al Quran seperti kelas mengaji, kelas menghafaz Al Quran, kelas tajwid dan sebagainya. Selain itu, kami juga mengadakan seminar-seminar berkaitan Al Quran. Matlamat utama kami agar setiap program yang dijalankan dapat memutik rasa cinta pada setiap lapisan masyarakat terhadap Al Quran seperti moto yang dibawa oleh kami iaitu kerana Al Quran untuk semua.
Nasyrah
Consultant
Pengasas:
Syaurah Ishak
Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di MRSM Gemencheh Ulul Albab. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat asasi di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bagi pengajian asasi Islam dan beliau telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam pengajian Al-Quran dan Al-Qiraat pada tahun 2021.
Beliau pernah menceburkan diri dalam rancangan televisyen bagi program Akademi Pendakwah
Muslimat. Asbab itu, beliau telah dijemput daripada pelbagai agensi untuk memberi perkongsian berkenaan Al Quran. Selain itu, beliau juga aktif dalam bidang penulisan. Beliau telah menerbitkan beberapa buah buku seperti buku tajwid.

Visi
Menjadi platform yang menyediakan pendidikan Al-Quran secara menyeluruh kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Misi
Mendidik & melatih masyarakat dalam pelbagai bidang Al-Quran agar mencintai Al-Quran.
Objektif
Melahirkan huffaz yang sentiasa bermotivasi.
Meningkatkan kualiti ilmu tajwid kepada masyarakat.
Menambah pengetahuan masyarakat tentang ilmu Al-Quran.
"Quran itu untuk sekalian alam"
- Syaurah, Pengasas Nasyrahconsultant
SIAPA KAMI?
Kenali Ahli Kami
Lebih daripada 20 ahli kami termasuk tenaga pengajar yang berpengalaman dan mahir dalam bidang masing-masing terutama asas Quran.
