Tentang Kami

Nasyrah Consultant telah ditubuhkan pada 13 September 2018, namun bergerak secara aktif bermula pada Disember 2020. Kami menawarkan pelbagai program yang melibatkan Al Quran seperti kelas mengaji, kelas menghafaz Al Quran, kelas tajwid dan sebagainya. Selain itu, kami juga mengadakan seminar-seminar berkaitan Al Quran. Matlamat utama kami agar setiap program yang dijalankan dapat memutik rasa cinta pada setiap lapisan masyarakat terhadap Al Quran seperti moto yang dibawa oleh kami iaitu kerana Al Quran untuk semua.

Nasyrah
Consultant

Founder :
Syaurah Ishak

Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di MRSM Gemencheh Ulul Albab. Kemudian di peringkat asasi di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bagi pengajian asasi Islam dan kini masih di tempat yang sama bagi kos Ijazah Sarjana Muda Tahfiz & Qiraat.

Beliau pernah menceburkan diri dalam rancangan televisyen bagi program Akademi Pendakwah
Muslimat. Asbab itu, beliau telah dijemput daripada pelbagai agensi untuk memberi perkongsian berkenaan Al Quran. Selain itu, beliau juga aktif dalam bidang penulisan. Beliau telah menerbitkan beberapa buah buku seperti buku tajwid.

Motto

“Bersama Mengkayakan Ummat Dengan Ilmu”

Visi

Menjadi platform yang menyediakan pendidikan Al-Quran secara menyeluruh kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Misi

Mendidik & melatih masyarakat dalam pelbagai bidang Al-Quran agar mencintai Al-Quran.

Objektif

Melahirkan huffaz yang sentiasa bermotivasi.

Meningkatkan kualiti ilmu tajwid kepada masyarakat.

Menambah pengetahuan masyarakat tentang ilmu Al-Quran.