Nasyrah Consultant telah ditubuhkan pada 13 September 2018, namun bergerak secara aktif bermula pada Disember 2020. Kami menawarkan pelbagai program yang melibatkan Al Quran seperti kelas mengaji, kelas menghafaz Al Quran, kelas tajwid dan sebagainya. Selain itu, kami juga mengadakan seminar-seminar berkaitan Al Quran. Matlamat utama kami agar setiap program yang dijalankan dapat memutik rasa cinta pada setiap lapisan masyarakat terhadap Al Quran seperti moto yang dibawa oleh kami iaitu kerana Al Quran untuk semua.